Followers

Monday, 7 November 2011


 MENINJAU PERNIAGAAN IKS INDONESIA

Ramai yang mengakui bahawa Indonesia begitu komited dalam mempertingkat sektor IKS ( Industri Kecil dan Sederhana). Mereka di katakan mempunyai sistem yang teratur dalam melonjakkan kredibiliti usahawan di samping berusaha keras untuk melebarkan lagi pasaran produk-produk tempatan mereka.

Boleh di katakana IKS berkembang di mana sahaja dan kebanyakannya di pasarkan melepasi sempadan. Kita dapat melihat bagaimana bandar kecil seperti Jepara, Pekalongan, Tasikmalaya, Lombok, Kasongan, Garut dan Cirebon menjadi distinasi-distanasi penting dalam pergerakan pembangunan IKS. Ini belum lagi Bandar-bandar utama seperti Jakarta, Bandung, Surabaya, Yogyakarta,Medan, Ujung Padang dan sebagainya yang di katakana bertindak sebagai pelopor pemasaran produk-produk Indonesia ini.

Bagaimana IKS ini dapat di perkembangkan perlu di lihat dalam banyak aspek. Ianya perlu di rungkai dan di berikan penelitian yang tinggi oleh semua pihak.

Kayangan Vacation akan membawa semua usahawan ke Indonesia yang ingin melihat dari dekat tentang pembangunan IKS di sana. Berbincanglah dengan kami  tentang sektor-sektor yang sesuai di tinjau di Indonesia. Kami bersama anda untuk membangunkan IKS Negara.

Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com

TARIAN JAIPONGAN YANG MEMPESONAKAN

Pernah menonton Jaipongan? Mungkin yang pernah di lihat cuma pertunjukan di majlis rasmi sahaja tetapi Jaipongan yang sebenar adalah jauh lebih hebat dan mengasyikan. Ada yang berkata Jaipongan  begitu erotis, lentok dan lenggoknya membuatkan lelaki tidak senang duduk dan senyuman penarinya membuatkan penonton tidak dapat tidur nyenyak. Itu gambaran kehebatan Jaipongan, sejenis seni gerak tari yang lahir dari kreativitas seorang seniman asal Bandung, Gugum Gumbira.

Ia terinspirasi pada kesenian rakyat yang terlahir dalam msayarakat Sunda. Gerak tarinya di serlahkan lagi dengan gerakan tangan, badan dan juga punggung penari berkenaan yang semuanya memperlihatkan  interaksi antara penari dengan penonton. Gerak tarinya di katakan berasal daripada Kliningan atau Bajidoran atau juga di panggil Ketuk Tilu yang membentuk  pola-pola gerak tari tradisi sehingga ia dapat mengembangkan tarian atau kesenian yang kini cukup dikenali dengan nama Jaipongan.

Kisah Jaipong atau Jaipongan ini di katakan bermula pada tahun 1961 bila Presiden Sukarno tidak membenarkan kemasukan muzik barat dan juga rock and roll  dan mengarahkan pencipta seni Indonesia mempelbagaikan kesenian bangsa. Gugum Gumbira menerima cabaran tersebut dengan menbuat kajian dan penyelidikan tentang kesenian dan budaya tempatannya. Selepas 12 tahun membuat penyelidikan  daripada muzik dan tarian ritual tempatan yang di panggil Ketuk Tilu, gerak tari pencak silat, dan muzik daripada tarian Topeng Banjet dan Wayang Golek, Gugum berjaya menghasilkan Jaipongan.

Pada tahun 1974, Jaipongan yang di pimpin oleh Gugup Gumbira mengadakan pertunjukan pertama di hadapan umum. Ternyata persembahan pertama ini mendapat bantahan kerana terdapat unsur-unsur erotik yang keterlaluan tetapi sebahagian lagi masyarakat menyukainya. Sejak dari itu Jaipong terus popular dan sukar di tandingi walaupun selepas pengharaman kemasukan musik barat di tarik balik.

Karya Jaipongan pertama yang mulai dikenal oleh masyarakat adalah tari “Daun Pulus Keser Bojong” dan “Rendeng Bojong” yang keduanya merupakan jenis tari putri dan tari berpasangan (putra dan putri). Pada awal kemunculan tarian tersebut ianya  dianggap sebagai gerakan yang erotis dan vulgar, namun semakin lama tari ini semakin popular dan mulai meningkat permintaan untuk pertunjukkannya baik sama ada di TV,  maupun perayaan-perayaan yang disenggelarakan oleh kerajaan atau  oleh pihak swasta.

Dari tari Jaipong ini mulai lahir beberapa penari Jaipongan yang handal seperti Tati Saleh, Yeti Mamat, Eli Somali, dan Pepen Dedi Kirniadi. Kehadiran tari Jaipongan ini juga memberikan kontribusi yang cukup besar terhadap para pencinta seni tari untuk lebih aktif lagi menggali jenis tarian rakyat yang sebelumnya kurang di perhatikan.
Tari Jaipongan pada saat ini juga disebut sebagai salah satu tarian khas Jawa Barat, terlihat pada acara-acara penting kedatangan tamu-tamu dari Negara asing yang datang ke Jawa Barat. Kebanyakan acara sambutan  meraikan tetamu ialah pertunjukkan tari Jaipongan. Namun begitu Tari Jaipongan ini telah banyak di pengaruhi pada kesenian-kesenian lainnya yang ada di Jawa Barat, baik pada seni pertunjukkan wayang, degung, genjring dan lainnya yang bahkan telah dikolaborasikan dengan Dangdut Modern oleh Mr. Nur dan Leni hingga menjadi kesenian Pong-Dut.-Info Kayangan Vacation
MENAWAN PUNCAK PAPANDAYAN
Menawan puncak Gunung Papandayan adalah sesuatu yang menakjubkan. Mungkin merupakan satu kenangan yang tidak dapat di lupakan. Ianya merupakan satu kembara yang penuh dengan cabaran tetapi akan beroleh nikmat yang cukup mengkagumkan bila sudah berada di puncaknya. Sudah tentulah penawanan puncak gunung Papandayan ini lebih bermakna lagi jika semuanya dapat di rakam untuk album peribadi

Pendakian ini perlu dijadikan acara pertama bila berkunjung ke Garut dan di ikuti dengan aktiviti pelancongan yang lain. Para peserta bukan sahaja dapat melihat dengan dekat tentang watak sesebuah gunung berapi tetapi juga akan dapat merasai dan menghidu aroma belerang dan wap yang sentiasa keluar dari kawah-kawah yang terdapat di sekelilingnya.

Sebagaimana yang diperkatakan lebih awal, Indonesia mempunyai begitu banyak gunung berapi yang masih aktif. Antaranya ialah Gunung Papandayan yang setinggi 2,665 meter atau 8,743 kaki. Ianya terletak di Daerah Garut iaitu kira-kira 75 kilometer daripada Bandung.

Letupan yang terkuat Papandayan iaah pada 1772 yang menyebabkan 3,000 orang terbunuh dan letupan terakhir berlaku pada 1978. Bagaimanapun pada tahun 2002, Papandayan di letakkan dalam keadaan berjaga-jaga bila tahap amaran letupan berada di tahap tertinggi.. Penduduk sekitarnya telah di arahkan berpindah.

Namun sekarang Papandayan di anggap objek pelancongan di Garut. Ianya menjadi antara distinasi yang perlu di lawati lebih-lebih lagi bila puncaknya dapat di tawan.

Papandayan mempunyai beberapa kawah yang masih menggelegak seperti Kawah Alun-alun, Kawah Papandayan dan Kawah Mas. Bagaimanapun orang ramai banyak tertumpu di Kawah Mas. Semasa di kawah ini pelancong akan dapat menikmati kepanasan kawah, belerang dan gas yang berbau dan abu gunung berapi yang sebenarnya.

Gunung Papandayan adalah salah satu gunung tertinggi di kawasan  Jawa Barat selain Gunung Ciremai dan merupakan objek wisata yang  patut untuk dikunjungi. Objek pelancongan yang berlokasi di Garut ini termasuk objek pelancongan cukup terkenal, terutama bagi mereka yang punya hobi mendaki gunung, baik yang tinggal di kawasan daerah Jawa Barat maupun di luar negara.

Di tengah perjalanan ke puncak gunung Papandayan, kita dapat menyaksikan suatu fenomena alam yang begitu jelas tampak di depan pelupuk mata, iaitu bagaimana semburan wap panas keluar dari perut bumi dan mengeluarkan bau yang begitu menyengat. Bau ini mungkin karena mengandung unsur belerang. Di sini biasanya para pendaki menyempatkan diri untuk berfoto bersama mengabadikan fenomena alam yang mungkin saja tidak terdapat di kawasan wisata alam lainnya.

Ketika perjalanan hampir sampai di puncak gunung Papandayan, keadaan perjalanan akan terasa sedikit lebih menyejukkan karena di kelilingi pohon-pohon yang merimbun. Berbeza dengan keadaan sebelumnya, udara terasa panas karena di sekitar perjalanan jarang terdapat pohon-pohon yang menjulang tinggi yang mampu menahan teriknya sinar matahari.

Sesampainya di puncak gunung Papandayan atau lebih dikenal dengan nama Pondok Saladah, ada kebanggaan tersendiri bagi para pendaki yang berhasil mencapainya. Alam terasa tampak sangat indah dilihat dari atas puncak gunung, kita pun seolah-olah berada di atas awan yang terhampar bagaikan permadani putih raksasa.

Kita juga dapat melihat atau  memetik bunga Eidelweis yang juga disebut-sebut sebagai bunga abadi, bunga yang meskipun dipetik tidak pernah layu dan tidak pernah hilang aromanya. Bunga ini merupakan bunga yang tergolong langka karena hanya tumbuh di atas puncak gunung yang beriklim dingin dan tidak semua puncak gunung ditumbuhi oleh bunga jenis ini.

Walaupun udara di puncak gunung terasa sangat dingin, tetapi hal tersebut seakan sirna oleh keindahan alam di sekitar puncak gunung yang tidak mungkin diperoleh di tempat lain. Akhirnya kita hanya bisa mengucapkan “Maha Besar Allah dengan segala bentuk keindahan yang diciptakan-Nya”.Berbincanglah dengan kami untuk mengatur perancangan lengkap bagi menawan puncak Papandayan- Info Kayangan Vacation.