MEREBUT PELUANG DI LIFESTYLE VIETNAM
Sektor peruncitan Vietnam sudah berkembang pesat dan berjaya menandingi kehebatan beberapa buah Negara Asia yang lain. Vietnam sekarang sudah membangun dalam semua aspek ekonomi dan pengeluaran seperti tekstil, perabut, barangan cenderamata dan juga produk makanan.
Melalui ekspo Lifestyle Vietnam 2012 yang akan berlangsung di Saigon dari 17-20 April 2012, Vietnam menjemput dunia luar untuk mempertonton ekspo perabut, produk hiasan dalaman dan perabut taman serta produk-produk kraf keluaran tempatan, fesyen dan aksesori untuk wanita bagi pasaran eksport. Vietnam berada di tangga ke dua pengeksport perabut dan kraf selepas Indonesia dan ianya mampu berada di tangga teratas dalam masa terdekat ini.
Kami menjangkakan Lifestyle Vietnam 2012 sesuai untuk di kunjungi bagi membentuk jaringan kerjasama dengan usahawan Vietnam. Sudah tentulah kami juga akan mengambil peluang semasa berada di Saigon untuk membuat kajian pasaran khususnya pakaian dan tekstil di beberapa loksai terpilih. Kos menyertai pakej Likfestyle Vietnam ini ialah RM 1,750.00. Daftarlah dari sekarang.
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Encik Fahmi atau tel 013 3416783hashim_akob@yahoo.com untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau
No comments:
Post a Comment