CENDERAWASIH BURUNG DI AWAN….
Ada yang mengatakan Cenderawasih sebagai burung kayangan dan ada yang mengaitkan bahawa burung yang di anggap ajaib ini datangnya dari syurga dan berdampingan dengan wali-wali. Memandangkan ianya burung kayangan maka tidak ramailah yang memelihara burung berkenaan kecuali orang-orang tertentu dan raja-raja sahaja.
Dalam beberapa kitab Melayu lama menyatakan bahawa sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirehat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Sekarang burung sakti ini dapat di lihat dan di dekati oleh orang ramai. Ianya antara tarikan utama yang terdapat di Safari Bogor. Sudah tentu percutian di Safari Bogor akan memberikan kenangan hebat bila para peserta dapat merakam sendiri foto burung Cenderawasih. Biarpun ianya cuma burung tetapi kisahnya menimbulkan banyak persoalan dan di perkatakan sehingga sekarang.
Asal usul burung ini tidak dapat di pastikan sehingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di Iran Jaya (Papua sekarang) sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.
Cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung- Info Kayangan Vacation.
No comments:
Post a Comment