SEMUANYA ADA DI GARUT…
Bila kita memperkatakan tentang cinta kepada alam dan ingin mengalami pengalaman indah dalam kembara belantara di samping dapat merakam kecantikan dan keterujaan kepada alam, Garut adalah antara distinasi yang perlu di hayati dan di jelajahi secukupnya.
Terletak begitu hampir dengan Bandung, iaitu kira satu jam setengah perjalanan, Garut tidak menghidangkan kesibukan atau simpang siur kenderaan pada bandarnya. Semuanya ternyata masih aman dan lebih membawa ketenangan lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan hamparan alamnya yang begitu permai.
Pelawak terkenal Charlie Chaplin pernah dua kali melawat Garut ia itu pada tahun 1927 dan 1935 kerana keterujaan kepada alam semulajdi sebuah Bandar kecil yang turut di kenali sebagai The Swizerland of Java.
Bandar kecil ini terlalu banyak keistimewaan kata mereka yang telah menjelajahi Garut sebelum ini. Gunung berapi Papandayan adalah tarikan utama yang mana ramai pengunjung terpegun dengannya. Bahkan terdapat ramai pengunjung yang mendaki gunung itu pada waktu tengah malam untuk melihat panaroma matahari terbit pada paginya. Garut juga mempunyai banyak kawasan tanah dan air panas. Salah satu kawasan tanah yang begitu panas dan di katakan yang terpanas di Indonesia terletak di daerah berkenaan.
Selain itu, kawasan gunung- ganang, sawah padi, lereng bukit, sungai dan curam yang dapat memikat penggemar sukan lasak air juga dapat di temui di Garut. Cara kehidupan masyarakat Garut yang tinggi nilai budayanya akan melengkapkan kepuasan dan pengalaman ketika berada di kawasan istimewa di Jawa Barat ini nanti. Program atau ekspidisi yang kami atur bermula di Kota Bandung hingga ke Garut sudah tentulah ianya akan menjadi kenangan yang hebat dan boleh di ceritakan kepada yang lain bila pengalaman-pegalaman itu dapat di rakamkan dengan kamera anda sendiri.
Itulah manifestasi kami. Kita merakamkan keterujaan alam semula jadi dengan kamera kita sendiri dengan kebolehan yang termampu kita tonjolkan. Jadual kami di Garut tidak sahaja tertumpu pada siang hari tetapi juga pada waktu malamnya. Kami akan bersama anda memenuhi impian ini. Anda pastinya mempunyai banyak cerita jika bersama kami ke Garut nanti.
Gadis Garut yang di kenali dengan nama Nandha menyifatkan keindahan garut tidak terdapat di tempat-tempat lain. Udaranya yang sentiasa dingin dengan pemandangan gunung ganang menjadikan Garut sebagai distanasi kayangan yang cantik dan selesa untuk di kunjungi.
“ Kita boleh lihat gunung dari dekat seperti Papandayan, Cikuray, Galunggung, Talaga, Bodas, Kadongwesi, Karacak dan kita juga dapat mendekati Gunung Guntur yang tidak di tumbuhi pokok kerana di katakan terlalu panas. Pelawat juga boleh berehat dan mandi di air panas Cipanas, bersantai di Kampoeng Simperiun, melawat Tasik Cankuang atau melalukan aksi lasak sungai ia aitu arung jeram di Sungai Cimanuk,” kata Nandha.
Percutian anda juga akan lebih lengkap jika berkesempatan untuk membeli produk-produk kulit dan batik khusus yang di hasilkan oleh pengusaha Garut.
“Cuba tinjau di Jalan Ahmad Yani di Sukarengang, sudah pasti anda akan temui produk kulit yang kualitinya lebih hebat daripada yang terjual di mall. Satu lagi yang anda tidak boleh lupakan ialah tentang dodol Garut. Ianya memang manis semanis gadis Garut,” terang Nandha.- Info Kayangan Vacation
No comments:
Post a Comment