Followers

Monday, 7 November 2011


PERCUTIAN  HEBAT  DI SAFARI DAN THE JUNGLE BOGOR


Jadikan cuti pesekolahan sebagai satu kenangan yang menceriakan. Bukan sekadar bercuti di luar negara tetapi anda berhadapan dengan pengalaman-pengalaman yang menakjubkan. Cuba bayangkan bila anda berhadapan  secara real dengan singa, harimau, harimau bintang, harimau putih, orang utan, badak sumbu, badak air, biawak komodo sama seperti yang pernah disaksikan dalam televisyen. Kali ini anda sendiri mengalaminya di Safari Bogor, sebuah safari yang bertaraf dunia.
Agak menyeramkan tetapi anda tidak perlu bimbang kerana anda berada di dalam kenderaan. Anda sama sekali tidak boleh menurunkan cermin kereta tetapi anda boleh bertentang mata dengan sang harimau. Lihat siapa yang boleh berpandangan lebih lama tanpa berkelip mata- anda atau harimau!

Namun begitu anda tetap dapat berpeluang memegang harimau tetapi hanya anaknya sahaja yang masih dalam penjagaan pihak safari. Berhadapan sendiri secara real dengan binatang adalah sesuatu yang boleh menjadi kebanggaan. Mungkin tidak ramai yang mahu mempercayai cerita anda kerana keadaan seperti itu hanya terdapat di Afrika sahaja tetapi sekarang ianya berada tidak jauh dari negara anda. Safari Bogor menjamin kehebatan dan kepuasan untuk anda sekeluarga.
Di samping binatang buas anda juga akan turut terhibur dengan gelagat binatang-binatang pemakan daun seperti kuda belang, zirafah, unta dan banyak lagi. Binatang ini tidak di kurung seperti dalam zoo tetapi bebas berkeliaran dan anda boleh mendekatinya. Sudah tentu anda juga akan terhibur dengan pertunjukan  yang di pentaskan oleh gajah dan lain-lain pertunjukan. Namum pertunjukan wild wild west- kisah cowboy seperti dalam TV turut mendapat sambutan.

Kanak-kanak akan lebih selesa di tempat ini kerana Safari Bogor juga mencerita tentang alam dan binatang seperti perawatan, pembenihan, penjagaan dan sebagainya. Namun ianya lebih menghiburkan lagi dengan terdapatnya permainan idaman seperti jet coaster, merry go round, giant wheel, skylift,rumah hantu dan aktiviti  menunggang kuda dan berpuluh lagi permainan. Semuanya adalah hidangan yang begitu menarik untuk percutian anda sekeluarga. Sebagaimana biasa semua permainan ini di kenakan bayaran yang tidak membebankan.
Tidak cukup dengan itu anda dan keluarga boleh menerokai taman The Jungle yang terletak tidak jauh dari Safari. Tamanair ini di reka untuk memberi kepuasan kepada pengunjungnya tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak. Semuanya pasti basah dengan pelbagai jenis permainan yang di sediakan.

 Antaranya:

Fountain futsal: Disini Anda dapat bermain futsal di lapangan yang akan menyemburkan air dari lubang-lubang di bawahnya.Bahkan tiang golnya juga daripada air. Tapi mereka tidak menyediakan bola, jadi persiapkan bola anda dari rumah.
# Kiddy Pool: Terdapat dua buah kolam kanak-kanak, yang di dalamnya terdapat aneka permainan seperti : mini slider, water bucket, water canon dan jungkat-jungkit. Seringnya kanak-kanak akan terhibur dengan aktiviti di kolam ini.
# Lazy River: Kolam arus yang akan membawa pengunjung berkeliling taman seakan mengarungi sungai di hutan Arizona yang berliku-liku.
# Giant Aquarium : Aquarium raksasa berisi aneka ikan air tawar dari berbagai penjuru dunia, diantaranya adalah : Kapiat Albino, Tiger fish, long fish, Gulsom, Lohan. Kita dapat melihat aquarium ini ketika mengarungi lazy river. 
# Bird Park : Taman ini menampilkan aneka burung seperti kakatua, garuda, rajawali, merak dan jenis lainnya. Lengkap dengan informasi negara asalnya dan makanannya.
# Leisure Pool: Kolam untuk orang dewasa yang berukuran tidak terlalu besar, tapi disana terdapat water massage, jadi anda dapat duduk santai sambil dipijat oleh semprotan air dari tempat duduk, wah..uenak..uenak… Disini juga terdapat net untuk volley air.
# Race Slide : Empat jalur luncuran yang dapat digunakan untuk balapan meluncur ke bawah. Boleh mencuba dengan posisi duduk, atau menirap (menggunakan karpet khusus yang dapat dipinjam )
# Spiral Slide & Tube Slide: Ini adalah permainan agak mencabar dari The Jungle, iaitu luncuran dari ketinggian 12 meter, yang akan mengajak kita berputar2 sebelum jatuh ke kolam. Spiral slide memiliki atap terbuka sehingga dapat melihat pemandangan di luar, sedangkan tube slide tertutup sama sekali. Lebih banyak orang menyukai Tube Slide. Untuk menikmati aktiviti ini, Anda perlu menyewa ban, dan masa yang di berikan agak lumayan panjang. 

Lain-lain hiburan yang terdapat di The Jungle ialah:

  4D Cinema : Film animasi yang diputar di cinema 4D ini akan membuat anda seolah-olah masuk ke dalam film tersebut, dengan kursi yang boleh ikut bergerak, semburan air dan lain-lain.  
  Dry Park : Arena bermain anak-anak seperti mandi bola, ayunan, dan permainan lain untuk syaraf motorik balita.  
  Rumah Hantu : Terletak di tempat parkir (basement), rumah hantu ini menawarkan lorong2 dan suasana horor dengan beberapa boneka mekanik yang siap menakuti pengunjung.

Hiburan terbaru:
Pada bulan Disember 2009, The Jungle membuka aktiviti baru iaitu Snow World. Dalam aktiviti ini kita dapat merasakan sensasi berada di daerah yang bersalji, bermain peluncuran, saling melempar bola salji, membentuk boneka salji.

Semuanya begitu menghiburkan. Memangnya masa empat hari tiga malam tidak cukup untuk satu percutian yang lengkap. Untuk itu kami juga menawarkan percutian hebat untuk 5 hari 4 malam. Anda akan di bawa melawat Ciwidey satu kawasan yang menyerlah pemandangan dan aktiviti menarik seperti persinggahan di Kawah Putih, kawasan air panas Walini, Tasik Patingan serta laluan hamparan hijau ladang teh dan sudah tentu sempat membeli cenderamata di Bandung. Bandung juga di sifatkan sebagai syurga membeli belah utama di Indonesia. Harus di ingat bahawa rakaman foto adalah penting di semua tempat yang kami tetapkan ini. Pastikan wajah anda di potret dengan sebaik mungkin kerana ianya adalah tatapan kepada satu kenangan yang menghiburkan.

Kami bukan sekadar menyediakan pakej tetapi juga satu percutian yang membawa banyak kenangan.. Tiket untuk pertunjukan dan permainan perlu di bayar sendiri oleh peserta.

Pakej istimewa Kayangan Vacation:
Untuk program 4 hari 3 malam (Jakarta-Bogor- Jakarta)
Harga pakej dari RM 1,480* seorang untuk twin sharing
                           RM 1,710* untuk sebilik seorang.
Untuk program 5 hari 4 malam (Jakarta-Bogor-Bandung-Jakarta)
Harga pekej dari RM 1,590* seorang untuk twin sharing
                          RM 1,820* untuk sebilik seorang
Kos di atas meliputi tiket penerbangan kuala Lumpur -Jakarta, penginapan, makan minum dan pengangkutan selama berada di dalam pakej ini. (Minima peserta untuk setiap pakej ialah 4 orang) 
 
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com

No comments:

Post a Comment