Followers

Monday, 7 November 2011


TARIAN JAIPONGAN YANG MEMPESONAKAN

Pernah menonton Jaipongan? Mungkin yang pernah di lihat cuma pertunjukan di majlis rasmi sahaja tetapi Jaipongan yang sebenar adalah jauh lebih hebat dan mengasyikan. Ada yang berkata Jaipongan  begitu erotis, lentok dan lenggoknya membuatkan lelaki tidak senang duduk dan senyuman penarinya membuatkan penonton tidak dapat tidur nyenyak. Itu gambaran kehebatan Jaipongan, sejenis seni gerak tari yang lahir dari kreativitas seorang seniman asal Bandung, Gugum Gumbira.

Ia terinspirasi pada kesenian rakyat yang terlahir dalam msayarakat Sunda. Gerak tarinya di serlahkan lagi dengan gerakan tangan, badan dan juga punggung penari berkenaan yang semuanya memperlihatkan  interaksi antara penari dengan penonton. Gerak tarinya di katakan berasal daripada Kliningan atau Bajidoran atau juga di panggil Ketuk Tilu yang membentuk  pola-pola gerak tari tradisi sehingga ia dapat mengembangkan tarian atau kesenian yang kini cukup dikenali dengan nama Jaipongan.

Kisah Jaipong atau Jaipongan ini di katakan bermula pada tahun 1961 bila Presiden Sukarno tidak membenarkan kemasukan muzik barat dan juga rock and roll  dan mengarahkan pencipta seni Indonesia mempelbagaikan kesenian bangsa. Gugum Gumbira menerima cabaran tersebut dengan menbuat kajian dan penyelidikan tentang kesenian dan budaya tempatannya. Selepas 12 tahun membuat penyelidikan  daripada muzik dan tarian ritual tempatan yang di panggil Ketuk Tilu, gerak tari pencak silat, dan muzik daripada tarian Topeng Banjet dan Wayang Golek, Gugum berjaya menghasilkan Jaipongan.

Pada tahun 1974, Jaipongan yang di pimpin oleh Gugup Gumbira mengadakan pertunjukan pertama di hadapan umum. Ternyata persembahan pertama ini mendapat bantahan kerana terdapat unsur-unsur erotik yang keterlaluan tetapi sebahagian lagi masyarakat menyukainya. Sejak dari itu Jaipong terus popular dan sukar di tandingi walaupun selepas pengharaman kemasukan musik barat di tarik balik.

Karya Jaipongan pertama yang mulai dikenal oleh masyarakat adalah tari “Daun Pulus Keser Bojong” dan “Rendeng Bojong” yang keduanya merupakan jenis tari putri dan tari berpasangan (putra dan putri). Pada awal kemunculan tarian tersebut ianya  dianggap sebagai gerakan yang erotis dan vulgar, namun semakin lama tari ini semakin popular dan mulai meningkat permintaan untuk pertunjukkannya baik sama ada di TV,  maupun perayaan-perayaan yang disenggelarakan oleh kerajaan atau  oleh pihak swasta.

Dari tari Jaipong ini mulai lahir beberapa penari Jaipongan yang handal seperti Tati Saleh, Yeti Mamat, Eli Somali, dan Pepen Dedi Kirniadi. Kehadiran tari Jaipongan ini juga memberikan kontribusi yang cukup besar terhadap para pencinta seni tari untuk lebih aktif lagi menggali jenis tarian rakyat yang sebelumnya kurang di perhatikan.
Tari Jaipongan pada saat ini juga disebut sebagai salah satu tarian khas Jawa Barat, terlihat pada acara-acara penting kedatangan tamu-tamu dari Negara asing yang datang ke Jawa Barat. Kebanyakan acara sambutan  meraikan tetamu ialah pertunjukkan tari Jaipongan. Namun begitu Tari Jaipongan ini telah banyak di pengaruhi pada kesenian-kesenian lainnya yang ada di Jawa Barat, baik pada seni pertunjukkan wayang, degung, genjring dan lainnya yang bahkan telah dikolaborasikan dengan Dangdut Modern oleh Mr. Nur dan Leni hingga menjadi kesenian Pong-Dut.-Info Kayangan Vacation

No comments:

Post a Comment