Followers

Tuesday, 29 November 2011

BERNIAGA PERABUT DENGAN JEPARA

Perabut, perabut dan perabut… itulah yang boleh kita gambarkan tentang kota kecil Jepara di kepulauan Jawa Indonesia yang juga di kenali sebagai kota ukir. Dengan kira-kira 80,000 orang pengukir, produk perabut Jepara terjual di seluruh Eropah, Amerika, Negara Telok dan tidak ketinggalan juga di Malaysia.
 
Sempena dengan ekspo perabut terbesar Indonesia Iffina 2012 di Jakarta dari 11-16 Mac 2012 nanti kami akan mempertemukan peserta dengan usahawan perabut Indonesia dan kemudiannya membawa peserta  membuat tinjauan ke Jepara.  Program ini di rancang khusus untuk usahawan yang bercadang untuk terlibat secara serius dalam industri perabut khususnya  perabut jati di Jepara.

Semasa di Jepara nanti, para peserta akan di bawa  melihat dengan lebih dekat tentang pembinaan rangkaian perniagaan perabut  dan membuat kunjungan ke Pusat Latihan Perkayuan yang melatih bakal-bakal usahawan perabut di samping mengadakan perbincangan dengan beberapa assosiasi dan persatuan yang mengendalikan produksi perabut dan perkayuan di Jepara. Ini adalah peluang yang jarang di perolehi dan kami akan berusaha memastikan para peserta memperolehi informasi lengkap dan jaringan dengan Jepara nanti.

Kos menyertai program ini ialah RM 2,685.00.Pakej Perniagaan ini melibatkan  Jakarta, Semarang dan Jepara di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN4484)Tel 03 42520233 untuk perhatian Encik Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com. DAFTARLAH DARI SEKARANG.




No comments:

Post a Comment