Followers

Monday, 7 November 2011

CENDERAWASIH BURUNG DI AWAN….

Ada yang mengatakan  Cenderawasih sebagai burung kayangan dan ada yang mengaitkan bahawa burung yang di anggap ajaib ini datangnya dari syurga dan berdampingan dengan wali-wali. Memandangkan ianya burung kayangan maka tidak ramailah yang memelihara burung berkenaan kecuali orang-orang tertentu dan raja-raja sahaja.

Dalam beberapa kitab Melayu lama menyatakan bahawa sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirehat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Sekarang burung sakti ini dapat di lihat dan di dekati oleh orang ramai. Ianya antara tarikan utama yang terdapat di Safari Bogor. Sudah tentu percutian di Safari Bogor akan memberikan kenangan hebat bila para peserta dapat merakam sendiri foto burung Cenderawasih. Biarpun ianya cuma burung tetapi kisahnya menimbulkan banyak persoalan dan di perkatakan sehingga sekarang.

Asal usul burung ini tidak dapat di pastikan sehingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di Iran Jaya (Papua sekarang) sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang b
urung- Info Kayangan Vacation.

ARUNG JERAM GARUT YANG MENCABAR

Berteriaklah sekuat hati seolah-olah anda terlepas daripada semua masalah. Itulah yang akan anda lalui bila melintasi jeram dan air sungai yang deras. Setiap kali berhadapan dengan jeram anda akan berteriak dan menjerit tetapi anda tidak akan puas dan anda akan terus meminta untuk bertemu dengan jeram yang lebih besar dan lebih hebat lagi kerana teriakan itu membuatkan anda melontar keluar segala persoalan tentang kehidupan ini. Itulah kehebatan arung jeram atau rafting yang terdapat di sungai-sungai di Garut.

Arung Jeram adalah kegiatan yang memerlukan kemampuan fizikal dan mental karena ianya berkitan dengan cabaran dan adanya tentangan alam. Ramai yang berkata dengan adanya aktiviti lasak seperti arung jeram ini, peserta akan merasa excited  dan stress yang membebani fikiran akan hilang. Maka tidak hairanlah ada peserta yang seolah-olah ketagihan dan mahu lakukannya pada setiap minggu. Yang lebih penting lagi aktiviti ini di lakukan secara berkumpulan dan sudah tentu anda akan dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dalam kumpulan anda dengan lebih mesra lagi. Anda akan berteriak bersama rakan-rakan anda dalam irama yang sama  setiap kali melintasi jeram nanti.

Anda juga boleh menikmati pemandangan hijau sepanjang perjalanan  menyusur sungai dengan kedinginan suasana. Yang pastinya anda tidak akan terasa kebosanan kerana anda adalah sebahagian daripada pasukan yang mencipta kehebatan untuk diri sendiri.

Ada yang berpendapat bahawa aktiviti  arung jeram ini dapat meningkatkan kemampuan dan kekuatan jantung serta paru-paru, kekuatan dan daya tahan otot, serta fleksibiliti sendi bahu dan pinggang di samping tubuh  merasa lebih sasa dan segar. Arung jeram merupakan aktivitas yang sangat menarik dan di katakan juga dapat membantu dalam memacu adrenalin. Sertailah kami untuk berarung jeram di Garut nanti. Anda boleh mencuba dan sudah pasti anda ingin mencubanya lagi walaupun anda tidak boleh berenang.
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com

 
KEMBARA KELUARGA DI GARUT
DENGAN PENYAJIAN KAMBING GULING (KAMBING PANGGANG)


Pihak kami sedia mengaturkan program percutian keluarga sama ada dalam bentuk kembara atau lebih kepada program membeli belah atau campuran kedua-duanya sekali. Namun pada kebiasaanya percutian keluarga berlangsung di kawasan yang jauh dari kota seperti Garut, Tasikmalaya, Puncak dan sebagainya. Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di hotel, chalet atau khemah-khemah yang di sediakan.

Di manapun anda ingin menginap pihak kami tetap bersama anda dan pengawal-pegawal kami akan memberikan perlindungan 24 jam untuk memastikan percutian anda benar-benar bernilai.

Acara-acaranya untuk keluarga adalah pelbagai seperti menawan pucak gunung Papandayan, team building, aktiviti sukan air ( aktiviti lasak arung jeram tidak di benarkan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun), pendakian bukit bukau, jungle treckking dan pada sebelah malamnya di adakan pula unggun api dengan di sajikan kambing guling ataupun kambing panggang.
Anda juga boleh meminta di sediakan makanan tradisi masyarakat Garut kalau anda ingin mencubanya. Peserta juga boleh menempah set karaoke untuk memeriahkan percutian keluarga anda. Rancanglah percutian keluarga anda bersama kami. Tarikh percutian anda yang tentukan…
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com