Followers

Tuesday, 29 November 2011

Kayangan Vacation
Bukan sekadar percutian…


Ada yang sukakan suasana pergunungan yang di pinggirnya mengalir air yang sejuk  dan jernih, ada yang mahu merentas belantara untuk mengharungi cabaran, ada pula yang mahu sukan air yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan tidak kurang pula yang lebih senang hati bila di jamukan dengan  dengan berbagai oleh-ole  di pusat-pusat membeli belah di Kota Bandung, Jakarta, Surabaya, Beijing, Shanghai, Ghongzhau, Saigon dan juga Bangkok.

Semuanya mempunyai keseronokan dan keasyikan yang berbeza. Yang pentingnya ialah bagaimana anda menggunakan kesempatan yang ada semasa di bandar ini untuk mencari keseronokan yang di hajati. Anda yang membuat pilihan dan anda yang menentukan jenis keseronokan yang di cari.

Kayangan Vacation ialah program aktiviti percutian yang di rancang khusus untuk membolehkan anda mencipta kejutan-kejutan untuk menjadi kenangan abadi pada diri, teman dan juga keluarga anda. Ianya bukan sekadar percutian tetapi ianya adalah himpunan keterujaan dan kepuasan untuk semua.

Pernahkan anda berkhemah di kaki gunung Papandayan dan pada tengah malam meneruskan perjalanan untuk melihat kemunculan matahari pagi. Pernahkan anda menanti kedatangan angin dingin Subuh di puncak gunung yang di kenali sebagai antara gunung berapi yang masih aktif? Dan pernahkan anda berteriak cemas semasa menjunam di bawa arus dalam ekspidisi arun jeram di sungai-sungai di sekitar Bandung atau setidak-tidaknya anda dapat menikmati adu domba atau laga kambing dan juga tarian Jaipongan yang merupakan antara budaya Sunda yang  masih terpelihara sehingga sekarang.

Bagaimanapula kalau dengan tiba-tiba anak muda anda dapat berdiri di atas papan luncur dan bertarung dengan ombak besar di Pulau Bali? Atau anda sekeluarga dapat berbasikal merentas perkampungan sambil menyaksikan acara-acara budaya. Semuanya dapat di rancang jika ada kemahuan.

Kami juga turut merancang pertemuan-pertemuan perniagaan seperti padanan perniagaan dengan usahawan Jakarta, Shanghai, Beijing, Bangkok dalam berbagai-bagai sektor perniagaan seperti dalam industri makanan, industri kosmetik, industri perabut, industri kulit dan pakaian dan juga di lain-lain sektor IKS. Semuanya bagi membolehkan anda bertemu dan membentuk jaringan perniagaan dengan usahawan dari bandar-bandar berkenaan.

Itulah antara percutian yang akan dipersembahkan kepada anda oleh Kayangan Vacation yang di sokong oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd. Dapatkan program-program percutian yang terbaik dari kami.
Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) di miliki sepenuhnya oleh Geomatika College International yang berpusat di Kuala Lumpur. Kami mahu menjadi sebuah agensi yang berpengalaman dan anda adalah penyumbang kepada pengalaman dan kegemilangan kami nanti. Berbincanglah dengan kakitangan kami tentang percutian anda dengan menghubungi talian 603 42520233 untuk perhatian Encik Muhd Noor Fahmi Rosli atau  e mail: geotour4484@gmail.com atau vice Rector Encik Mazrin Rahizaq Che Rose. Kami terbuka untuk sebarang cadangan dan perbincangan.
Sr. Mohaizi Mohamad
Rector
Tel: 6019 626 4421

MEREBUT PELUANG DI LIFESTYLE VIETNAM

Sektor peruncitan Vietnam  sudah berkembang pesat dan berjaya menandingi kehebatan beberapa buah Negara Asia yang lain. Vietnam sekarang sudah membangun dalam semua aspek ekonomi dan pengeluaran seperti tekstil, perabut, barangan cenderamata dan juga produk makanan.

Melalui ekspo Lifestyle Vietnam 2012 yang akan berlangsung di Saigon dari 17-20 April 2012, Vietnam menjemput dunia luar untuk mempertonton ekspo perabut, produk hiasan dalaman dan perabut taman serta produk-produk kraf keluaran tempatan, fesyen dan  aksesori untuk wanita bagi pasaran eksport. Vietnam berada di tangga ke dua pengeksport perabut dan kraf selepas Indonesia dan ianya mampu berada di tangga teratas dalam masa terdekat ini.

Kami menjangkakan Lifestyle Vietnam 2012 sesuai untuk di kunjungi bagi membentuk jaringan kerjasama dengan usahawan Vietnam. Sudah tentulah  kami juga akan mengambil peluang semasa berada di Saigon untuk membuat kajian pasaran khususnya pakaian dan tekstil di beberapa loksai terpilih. Kos menyertai pakej Likfestyle Vietnam ini ialah RM 1,750.00. Daftarlah dari sekarang.

Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Encik Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com




BERNIAGA PERABUT DENGAN JEPARA

Perabut, perabut dan perabut… itulah yang boleh kita gambarkan tentang kota kecil Jepara di kepulauan Jawa Indonesia yang juga di kenali sebagai kota ukir. Dengan kira-kira 80,000 orang pengukir, produk perabut Jepara terjual di seluruh Eropah, Amerika, Negara Telok dan tidak ketinggalan juga di Malaysia.
 
Sempena dengan ekspo perabut terbesar Indonesia Iffina 2012 di Jakarta dari 11-16 Mac 2012 nanti kami akan mempertemukan peserta dengan usahawan perabut Indonesia dan kemudiannya membawa peserta  membuat tinjauan ke Jepara.  Program ini di rancang khusus untuk usahawan yang bercadang untuk terlibat secara serius dalam industri perabut khususnya  perabut jati di Jepara.

Semasa di Jepara nanti, para peserta akan di bawa  melihat dengan lebih dekat tentang pembinaan rangkaian perniagaan perabut  dan membuat kunjungan ke Pusat Latihan Perkayuan yang melatih bakal-bakal usahawan perabut di samping mengadakan perbincangan dengan beberapa assosiasi dan persatuan yang mengendalikan produksi perabut dan perkayuan di Jepara. Ini adalah peluang yang jarang di perolehi dan kami akan berusaha memastikan para peserta memperolehi informasi lengkap dan jaringan dengan Jepara nanti.

Kos menyertai program ini ialah RM 2,685.00.Pakej Perniagaan ini melibatkan  Jakarta, Semarang dan Jepara di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN4484)Tel 03 42520233 untuk perhatian Encik Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com. DAFTARLAH DARI SEKARANG.




Friday, 11 November 2011

BELAJAR SURFING DI BALI 
Mampukah anda meluncur di bawah ombak yang bergulung seperti di lihat di pantai Hawaii? Tetapi itu yang sudah professional. Tetapi peluncur professional juga bermula daripada latihan asas seperti membiasakan diri di persisir pantai. Latihan demi latihan di lakukan dan ianya kemudian berkeinginan bertarung dengan ombak yang lebih besar.
Anda tidak perlu pandai berenang tetapi keinginan untuk terlibat dalam aktiviti yang bercabar ini adalah bekalan yang cukup selesa untuk anda mencuba rafting  Bali ini. Latihan yang di berikan oleh jurulatih professional  di Bali ini akan membolehkan anda dapat  berdiri di atas papan luncur dalam masa yang singkat sahaja. Pakej 3 sessi rafting di Bali untuk 4 hari 3 malam ini akan memberikan anda keseronokan untuk meluncur seperti seorang peluncur professional.
Pakej Belajar Rafing di Bali ini bernilai RM 1,300.00 seorang. Harga ini ialah untuk bayaran latihan rafting untuk 3 sessi, penginapan , makan minum dan pengangkutan. IANYA TIDAK meliputi tiket penerbangan ke Bali. Minimum penyertaan 4 orang.

Pakej Belajar Surfing di Bali yang menjanjikan kehebatan ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com


LAGA KAMBING ANTARA CABANG KESENIAN GARUT

Laga kambing atau adu domba adalah salah satu cabang kesenian khas rakyat Garut dan juga Bandung yang masih di amalkan sehingga sekarang. Kambing-kambing laga yang berbadan besar dan bertandung bengkok panjang sememangnya di perlihara khas untuk tujuan keseniaan ini. Harganya boleh mencecah sehingga RP 30 juta seekor. Maka dengan itu pemeliharaan kambing laga ini juga di anggap sesuatu yang berprestej.

Terdapat tiga jenis kambing laga yang di pelihara di Garut iaitu jenis tempatan yang di panggil priangan, jenis Australia Merino dan kapstat dari Afrika Selatan.Kambing laga d di nilai daripada berat badan (lebih kurang 90 kilogram seekor), kesihatan, penampilan dan juga jenis-jenis tanduknya.. Terdapat empat jenis tanduk yang di miliki oleh kambing aga ini iaitu, gayor, golong tambang, leang dan gabendo.

Kesenian laga kambing di adalah di daerah-daerah tertentu yang penyertaan terdiri daripada pengusaha-pengusha kambing di sekitar Garut dan Bandung. Acara keseniannya begitu meriah dengan iringi pencak silat dan juga tarian tradisional seperti jaipongan.

Berbincanglah dengan kami agar kami dapat mengatur program yang hebat ini untuk anda. Program ini adalah antara Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com

Tuesday, 8 November 2011


MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN PENGUSAHA  INDUSTRI KECANTIKAN DAN SPA INDONESIA SEMPENA INDOBEAUTY 2012


Beberapa orang pengusaha industri kecantikan, salon dan spa menjemput orang ramai untuk menyertai Majlis Perjumpaan dengan Pengusaha industri kecantikan dan Spa Indonesia sempena pameran kecantikan Indobeauty dari 10-13 Mei 2012 nanti.
Program ini bertujuan untuk membentuk jaringan dan kerjasama yang lebih mantap dalam bidang kecantikan dan spa antara pengusaha dari Malaysia dan juga Indonesia. Mabespa berharap kerjasama itu nanti akan menghasilkan langkah-langkah susulan seperti kerjasama dalam pengedaran produk kecantikan dari Malaysia ke Indonesia dan juga kerjasama dalam bidang penyelidikan serta tenaga kerja.
Pakej menyertai program ini ialah dari RM 1,750.00 yang meliputi tiket penerbangan KL- Jakarta, Penginapan, makan minum, pengangkutan dan peneryertaan dalam majlis perjumpaan serta pameran kecantikan.
SPA PERCUMA UNTUK 10 PESERTA TERAWAL* Daftar sekarang. Pakej Perniagaan ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com


PAKEJ MAKAN ANGIN JAKARTA-BANDUNG  
5 hari 4 malam cuma RM 1,555.00

Bila memikirkan tentang beristirehat yang menyegarkan, Jakarta dan Bandung di katakan banyak menyediakan suasana dan iklim kesegaran kepada sesiapa sahaja. Kesegaran yang di hirupi itu akan sentiasa menjadi kenangan yang akan membuatkan kita begitu teruja dan mahu terus berkunjung ke bandar-bandar berkenaan.

Selepas penat bekerja, ambilah cuti sejenak dan sertailah pakej MAKAN ANGIN JAKARTA BANDUNG 5 HARI 4 MALAM  dengan kunjungan di tempat-tempat menarik di Jakarta dan Bandung. Di samping melihat suasana sekeliling yang boleh mendekatkan kita kepada kejadian alam, kita juga dapat memilih ole-ole pilihan hati  di pusat-pusat membeli belah.

Siapa yang boleh melupakan Cibaduyut, Pasar Baru, Rumah Mode, Le Grande, Mangga Besar, Cempaka Mas dan Juga Tanah Abang. Semua tempat-tempat ini akan memberikan keceriaan  dan akan meminggirkan rasa kepenatan yang sebelum ini menyelubungi diri akan beban kerja yang tidak pernah meringgankan.

BEREHATLAH SEKETIKA dan berbincanglah dengan kami tentang pakej Makan Angin Jakarta- Bandung 5 hari 4 malam ini Cuma RM1,555.00 Juga tersedia pakej Makan Angin Jakarta-Bandung untuk 4 hari 3 malam RM1,480. Minima peserta 4 orang.
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com


 
BANDUNG SHOPPING PARADISE
Pakej termurah 3 hari 2 malam DARI RM 990.00*

BERPESTALAH DI BANDUNG! Bandung yang di kenali kota budaya turut di berikan gelaran Paris Van Java, suatu gelaran yang menampakan kehebatan Bandung sebagai kota yang begitu moden, dinamik dan di minati ramai.
                
Bandung juga turut menghidangkan kepelbagaian dalam kegiatan hariannya seperti pelancongan dengan alam semulajadi yang begitu mempesonakan. Bandung juga di kelilingi banjaran gunung berapi dan bukit bukau yang turut mendapat perhatian pelancong.

Namun begitu Bandung juga di kenali sebagai kota yang menghidangkan pelbagai produk dengan harga yang begitu murah. Tidak hairanlah di mana sahaja kita berada kita akan bertemu dengan orang ramai yang berpusu-pusu membeli belah. Antara tempat yang begitu popular untuk membeli belah di Bandung ialah Pasar baru, factory outlet, Jalan Dago, Jalan Braga dan banyak lagi.
Dengan itu kami ingin mempelawa orang ramai untuk menyertai pakej BANDUNG SHOPPING PARADISE  dengan harga bermula dari RM 990.00 untuk twin sharing dan RM 1,111.00 untuk single. Harga ini meliputi penerbangan Kuala Lumpur-Bandung, penginapan, sarapan pagi dan airport transfer. Tempahlah dari sekarang untuk membeli belah di kota Bandung . Minima pakej ialah 4 orang. ( **harga pakej ini bergantung kepada harga tiket penerbangan dan kekosongan kamar penginapan) 

Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.comPakej ini juga boleh di ubah suaikan untuk menjadikan sebagai pakej percutian dengan tambahan kos pengangkutan dan makan minum. Berundinglah dengan kami secepat mungkin.

Monday, 7 November 2011

JAKARTA SHOPPING PARADISE
Pakej 3 hari 2 malam bermula dari RM1111.00*

Jakarta, kota dengan seribu peristiwa atau kota yang tidak pernah tidur dan kota yang menghidangkan apa sahaja yang kita inginkan. Dengan puluhan juta rakyatnya, Jakarta tetap menjemput semua orang untuk membicara tentang perniagaan, budaya dan kesenian dan juga tentang kehidupan.

Tetapi Jakarta juga adalah syurga membeli belah. Pusat-pusat membeli belah yang besar dan kecil tumbuh macam cendawan di Jakarta dan juga bandar-bandar di sekitarnya. Dengan itu  kami ingin mempelawa orang ramai untuk menyertai pakej JAKARTA SHOPPING PARADISE  dengan harga DARI RM 1111.00 (Minimun 4 orang). Harga ini meliputi penerbangan Kuala Lumpur- Jakarta dan balik, penginapan hotel,  dan pengangkutan selama 3 hari.
Tempat-tempat yang di cadangkan ialah pusat pemborongan Tanah Abang,  pusat tekstil Mayestik, Mangga Dua, Chempaka Mas, Blok M atau mencari keceriaan di Ancol dan mungkin banyak lagi kalau waktu mengizinkan. Anda juga boleh mencuba SPA di Jakarta atas perbiayaan sendiri. Daftarlah dengan kami dan tentulah sendiri tarikh anda. 

* Harga bergantung kepada tiket penerbangan dan hotel semasa membuat tempahan.
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com

PERCUTIAN  HEBAT  DI SAFARI DAN THE JUNGLE BOGOR


Jadikan cuti pesekolahan sebagai satu kenangan yang menceriakan. Bukan sekadar bercuti di luar negara tetapi anda berhadapan dengan pengalaman-pengalaman yang menakjubkan. Cuba bayangkan bila anda berhadapan  secara real dengan singa, harimau, harimau bintang, harimau putih, orang utan, badak sumbu, badak air, biawak komodo sama seperti yang pernah disaksikan dalam televisyen. Kali ini anda sendiri mengalaminya di Safari Bogor, sebuah safari yang bertaraf dunia.
Agak menyeramkan tetapi anda tidak perlu bimbang kerana anda berada di dalam kenderaan. Anda sama sekali tidak boleh menurunkan cermin kereta tetapi anda boleh bertentang mata dengan sang harimau. Lihat siapa yang boleh berpandangan lebih lama tanpa berkelip mata- anda atau harimau!

Namun begitu anda tetap dapat berpeluang memegang harimau tetapi hanya anaknya sahaja yang masih dalam penjagaan pihak safari. Berhadapan sendiri secara real dengan binatang adalah sesuatu yang boleh menjadi kebanggaan. Mungkin tidak ramai yang mahu mempercayai cerita anda kerana keadaan seperti itu hanya terdapat di Afrika sahaja tetapi sekarang ianya berada tidak jauh dari negara anda. Safari Bogor menjamin kehebatan dan kepuasan untuk anda sekeluarga.
Di samping binatang buas anda juga akan turut terhibur dengan gelagat binatang-binatang pemakan daun seperti kuda belang, zirafah, unta dan banyak lagi. Binatang ini tidak di kurung seperti dalam zoo tetapi bebas berkeliaran dan anda boleh mendekatinya. Sudah tentu anda juga akan terhibur dengan pertunjukan  yang di pentaskan oleh gajah dan lain-lain pertunjukan. Namum pertunjukan wild wild west- kisah cowboy seperti dalam TV turut mendapat sambutan.

Kanak-kanak akan lebih selesa di tempat ini kerana Safari Bogor juga mencerita tentang alam dan binatang seperti perawatan, pembenihan, penjagaan dan sebagainya. Namun ianya lebih menghiburkan lagi dengan terdapatnya permainan idaman seperti jet coaster, merry go round, giant wheel, skylift,rumah hantu dan aktiviti  menunggang kuda dan berpuluh lagi permainan. Semuanya adalah hidangan yang begitu menarik untuk percutian anda sekeluarga. Sebagaimana biasa semua permainan ini di kenakan bayaran yang tidak membebankan.
Tidak cukup dengan itu anda dan keluarga boleh menerokai taman The Jungle yang terletak tidak jauh dari Safari. Tamanair ini di reka untuk memberi kepuasan kepada pengunjungnya tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak. Semuanya pasti basah dengan pelbagai jenis permainan yang di sediakan.

 Antaranya:

Fountain futsal: Disini Anda dapat bermain futsal di lapangan yang akan menyemburkan air dari lubang-lubang di bawahnya.Bahkan tiang golnya juga daripada air. Tapi mereka tidak menyediakan bola, jadi persiapkan bola anda dari rumah.
# Kiddy Pool: Terdapat dua buah kolam kanak-kanak, yang di dalamnya terdapat aneka permainan seperti : mini slider, water bucket, water canon dan jungkat-jungkit. Seringnya kanak-kanak akan terhibur dengan aktiviti di kolam ini.
# Lazy River: Kolam arus yang akan membawa pengunjung berkeliling taman seakan mengarungi sungai di hutan Arizona yang berliku-liku.
# Giant Aquarium : Aquarium raksasa berisi aneka ikan air tawar dari berbagai penjuru dunia, diantaranya adalah : Kapiat Albino, Tiger fish, long fish, Gulsom, Lohan. Kita dapat melihat aquarium ini ketika mengarungi lazy river. 
# Bird Park : Taman ini menampilkan aneka burung seperti kakatua, garuda, rajawali, merak dan jenis lainnya. Lengkap dengan informasi negara asalnya dan makanannya.
# Leisure Pool: Kolam untuk orang dewasa yang berukuran tidak terlalu besar, tapi disana terdapat water massage, jadi anda dapat duduk santai sambil dipijat oleh semprotan air dari tempat duduk, wah..uenak..uenak… Disini juga terdapat net untuk volley air.
# Race Slide : Empat jalur luncuran yang dapat digunakan untuk balapan meluncur ke bawah. Boleh mencuba dengan posisi duduk, atau menirap (menggunakan karpet khusus yang dapat dipinjam )
# Spiral Slide & Tube Slide: Ini adalah permainan agak mencabar dari The Jungle, iaitu luncuran dari ketinggian 12 meter, yang akan mengajak kita berputar2 sebelum jatuh ke kolam. Spiral slide memiliki atap terbuka sehingga dapat melihat pemandangan di luar, sedangkan tube slide tertutup sama sekali. Lebih banyak orang menyukai Tube Slide. Untuk menikmati aktiviti ini, Anda perlu menyewa ban, dan masa yang di berikan agak lumayan panjang. 

Lain-lain hiburan yang terdapat di The Jungle ialah:

  4D Cinema : Film animasi yang diputar di cinema 4D ini akan membuat anda seolah-olah masuk ke dalam film tersebut, dengan kursi yang boleh ikut bergerak, semburan air dan lain-lain.  
  Dry Park : Arena bermain anak-anak seperti mandi bola, ayunan, dan permainan lain untuk syaraf motorik balita.  
  Rumah Hantu : Terletak di tempat parkir (basement), rumah hantu ini menawarkan lorong2 dan suasana horor dengan beberapa boneka mekanik yang siap menakuti pengunjung.

Hiburan terbaru:
Pada bulan Disember 2009, The Jungle membuka aktiviti baru iaitu Snow World. Dalam aktiviti ini kita dapat merasakan sensasi berada di daerah yang bersalji, bermain peluncuran, saling melempar bola salji, membentuk boneka salji.

Semuanya begitu menghiburkan. Memangnya masa empat hari tiga malam tidak cukup untuk satu percutian yang lengkap. Untuk itu kami juga menawarkan percutian hebat untuk 5 hari 4 malam. Anda akan di bawa melawat Ciwidey satu kawasan yang menyerlah pemandangan dan aktiviti menarik seperti persinggahan di Kawah Putih, kawasan air panas Walini, Tasik Patingan serta laluan hamparan hijau ladang teh dan sudah tentu sempat membeli cenderamata di Bandung. Bandung juga di sifatkan sebagai syurga membeli belah utama di Indonesia. Harus di ingat bahawa rakaman foto adalah penting di semua tempat yang kami tetapkan ini. Pastikan wajah anda di potret dengan sebaik mungkin kerana ianya adalah tatapan kepada satu kenangan yang menghiburkan.

Kami bukan sekadar menyediakan pakej tetapi juga satu percutian yang membawa banyak kenangan.. Tiket untuk pertunjukan dan permainan perlu di bayar sendiri oleh peserta.

Pakej istimewa Kayangan Vacation:
Untuk program 4 hari 3 malam (Jakarta-Bogor- Jakarta)
Harga pakej dari RM 1,480* seorang untuk twin sharing
                           RM 1,710* untuk sebilik seorang.
Untuk program 5 hari 4 malam (Jakarta-Bogor-Bandung-Jakarta)
Harga pekej dari RM 1,590* seorang untuk twin sharing
                          RM 1,820* untuk sebilik seorang
Kos di atas meliputi tiket penerbangan kuala Lumpur -Jakarta, penginapan, makan minum dan pengangkutan selama berada di dalam pakej ini. (Minima peserta untuk setiap pakej ialah 4 orang) 
 
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com
CENDERAWASIH BURUNG DI AWAN….

Ada yang mengatakan  Cenderawasih sebagai burung kayangan dan ada yang mengaitkan bahawa burung yang di anggap ajaib ini datangnya dari syurga dan berdampingan dengan wali-wali. Memandangkan ianya burung kayangan maka tidak ramailah yang memelihara burung berkenaan kecuali orang-orang tertentu dan raja-raja sahaja.

Dalam beberapa kitab Melayu lama menyatakan bahawa sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirehat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Sekarang burung sakti ini dapat di lihat dan di dekati oleh orang ramai. Ianya antara tarikan utama yang terdapat di Safari Bogor. Sudah tentu percutian di Safari Bogor akan memberikan kenangan hebat bila para peserta dapat merakam sendiri foto burung Cenderawasih. Biarpun ianya cuma burung tetapi kisahnya menimbulkan banyak persoalan dan di perkatakan sehingga sekarang.

Asal usul burung ini tidak dapat di pastikan sehingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di Iran Jaya (Papua sekarang) sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang b
urung- Info Kayangan Vacation.

ARUNG JERAM GARUT YANG MENCABAR

Berteriaklah sekuat hati seolah-olah anda terlepas daripada semua masalah. Itulah yang akan anda lalui bila melintasi jeram dan air sungai yang deras. Setiap kali berhadapan dengan jeram anda akan berteriak dan menjerit tetapi anda tidak akan puas dan anda akan terus meminta untuk bertemu dengan jeram yang lebih besar dan lebih hebat lagi kerana teriakan itu membuatkan anda melontar keluar segala persoalan tentang kehidupan ini. Itulah kehebatan arung jeram atau rafting yang terdapat di sungai-sungai di Garut.

Arung Jeram adalah kegiatan yang memerlukan kemampuan fizikal dan mental karena ianya berkitan dengan cabaran dan adanya tentangan alam. Ramai yang berkata dengan adanya aktiviti lasak seperti arung jeram ini, peserta akan merasa excited  dan stress yang membebani fikiran akan hilang. Maka tidak hairanlah ada peserta yang seolah-olah ketagihan dan mahu lakukannya pada setiap minggu. Yang lebih penting lagi aktiviti ini di lakukan secara berkumpulan dan sudah tentu anda akan dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dalam kumpulan anda dengan lebih mesra lagi. Anda akan berteriak bersama rakan-rakan anda dalam irama yang sama  setiap kali melintasi jeram nanti.

Anda juga boleh menikmati pemandangan hijau sepanjang perjalanan  menyusur sungai dengan kedinginan suasana. Yang pastinya anda tidak akan terasa kebosanan kerana anda adalah sebahagian daripada pasukan yang mencipta kehebatan untuk diri sendiri.

Ada yang berpendapat bahawa aktiviti  arung jeram ini dapat meningkatkan kemampuan dan kekuatan jantung serta paru-paru, kekuatan dan daya tahan otot, serta fleksibiliti sendi bahu dan pinggang di samping tubuh  merasa lebih sasa dan segar. Arung jeram merupakan aktivitas yang sangat menarik dan di katakan juga dapat membantu dalam memacu adrenalin. Sertailah kami untuk berarung jeram di Garut nanti. Anda boleh mencuba dan sudah pasti anda ingin mencubanya lagi walaupun anda tidak boleh berenang.
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com

 
KEMBARA KELUARGA DI GARUT
DENGAN PENYAJIAN KAMBING GULING (KAMBING PANGGANG)


Pihak kami sedia mengaturkan program percutian keluarga sama ada dalam bentuk kembara atau lebih kepada program membeli belah atau campuran kedua-duanya sekali. Namun pada kebiasaanya percutian keluarga berlangsung di kawasan yang jauh dari kota seperti Garut, Tasikmalaya, Puncak dan sebagainya. Anda boleh memilih sama ada ingin menginap di hotel, chalet atau khemah-khemah yang di sediakan.

Di manapun anda ingin menginap pihak kami tetap bersama anda dan pengawal-pegawal kami akan memberikan perlindungan 24 jam untuk memastikan percutian anda benar-benar bernilai.

Acara-acaranya untuk keluarga adalah pelbagai seperti menawan pucak gunung Papandayan, team building, aktiviti sukan air ( aktiviti lasak arung jeram tidak di benarkan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun), pendakian bukit bukau, jungle treckking dan pada sebelah malamnya di adakan pula unggun api dengan di sajikan kambing guling ataupun kambing panggang.
Anda juga boleh meminta di sediakan makanan tradisi masyarakat Garut kalau anda ingin mencubanya. Peserta juga boleh menempah set karaoke untuk memeriahkan percutian keluarga anda. Rancanglah percutian keluarga anda bersama kami. Tarikh percutian anda yang tentukan…
Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com