Followers

Tuesday, 29 November 2011

Kayangan Vacation
Bukan sekadar percutian…


Ada yang sukakan suasana pergunungan yang di pinggirnya mengalir air yang sejuk  dan jernih, ada yang mahu merentas belantara untuk mengharungi cabaran, ada pula yang mahu sukan air yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan tidak kurang pula yang lebih senang hati bila di jamukan dengan  dengan berbagai oleh-ole  di pusat-pusat membeli belah di Kota Bandung, Jakarta, Surabaya, Beijing, Shanghai, Ghongzhau, Saigon dan juga Bangkok.

Semuanya mempunyai keseronokan dan keasyikan yang berbeza. Yang pentingnya ialah bagaimana anda menggunakan kesempatan yang ada semasa di bandar ini untuk mencari keseronokan yang di hajati. Anda yang membuat pilihan dan anda yang menentukan jenis keseronokan yang di cari.

Kayangan Vacation ialah program aktiviti percutian yang di rancang khusus untuk membolehkan anda mencipta kejutan-kejutan untuk menjadi kenangan abadi pada diri, teman dan juga keluarga anda. Ianya bukan sekadar percutian tetapi ianya adalah himpunan keterujaan dan kepuasan untuk semua.

Pernahkan anda berkhemah di kaki gunung Papandayan dan pada tengah malam meneruskan perjalanan untuk melihat kemunculan matahari pagi. Pernahkan anda menanti kedatangan angin dingin Subuh di puncak gunung yang di kenali sebagai antara gunung berapi yang masih aktif? Dan pernahkan anda berteriak cemas semasa menjunam di bawa arus dalam ekspidisi arun jeram di sungai-sungai di sekitar Bandung atau setidak-tidaknya anda dapat menikmati adu domba atau laga kambing dan juga tarian Jaipongan yang merupakan antara budaya Sunda yang  masih terpelihara sehingga sekarang.

Bagaimanapula kalau dengan tiba-tiba anak muda anda dapat berdiri di atas papan luncur dan bertarung dengan ombak besar di Pulau Bali? Atau anda sekeluarga dapat berbasikal merentas perkampungan sambil menyaksikan acara-acara budaya. Semuanya dapat di rancang jika ada kemahuan.

Kami juga turut merancang pertemuan-pertemuan perniagaan seperti padanan perniagaan dengan usahawan Jakarta, Shanghai, Beijing, Bangkok dalam berbagai-bagai sektor perniagaan seperti dalam industri makanan, industri kosmetik, industri perabut, industri kulit dan pakaian dan juga di lain-lain sektor IKS. Semuanya bagi membolehkan anda bertemu dan membentuk jaringan perniagaan dengan usahawan dari bandar-bandar berkenaan.

Itulah antara percutian yang akan dipersembahkan kepada anda oleh Kayangan Vacation yang di sokong oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd. Dapatkan program-program percutian yang terbaik dari kami.
Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) di miliki sepenuhnya oleh Geomatika College International yang berpusat di Kuala Lumpur. Kami mahu menjadi sebuah agensi yang berpengalaman dan anda adalah penyumbang kepada pengalaman dan kegemilangan kami nanti. Berbincanglah dengan kakitangan kami tentang percutian anda dengan menghubungi talian 603 42520233 untuk perhatian Encik Muhd Noor Fahmi Rosli atau  e mail: geotour4484@gmail.com atau vice Rector Encik Mazrin Rahizaq Che Rose. Kami terbuka untuk sebarang cadangan dan perbincangan.
Sr. Mohaizi Mohamad
Rector
Tel: 6019 626 4421

MEREBUT PELUANG DI LIFESTYLE VIETNAM

Sektor peruncitan Vietnam  sudah berkembang pesat dan berjaya menandingi kehebatan beberapa buah Negara Asia yang lain. Vietnam sekarang sudah membangun dalam semua aspek ekonomi dan pengeluaran seperti tekstil, perabut, barangan cenderamata dan juga produk makanan.

Melalui ekspo Lifestyle Vietnam 2012 yang akan berlangsung di Saigon dari 17-20 April 2012, Vietnam menjemput dunia luar untuk mempertonton ekspo perabut, produk hiasan dalaman dan perabut taman serta produk-produk kraf keluaran tempatan, fesyen dan  aksesori untuk wanita bagi pasaran eksport. Vietnam berada di tangga ke dua pengeksport perabut dan kraf selepas Indonesia dan ianya mampu berada di tangga teratas dalam masa terdekat ini.

Kami menjangkakan Lifestyle Vietnam 2012 sesuai untuk di kunjungi bagi membentuk jaringan kerjasama dengan usahawan Vietnam. Sudah tentulah  kami juga akan mengambil peluang semasa berada di Saigon untuk membuat kajian pasaran khususnya pakaian dan tekstil di beberapa loksai terpilih. Kos menyertai pakej Likfestyle Vietnam ini ialah RM 1,750.00. Daftarlah dari sekarang.

Pakej Kayangan Vacation ini di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 4484) Tel 03 42520233 untuk perhatian Encik Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com




BERNIAGA PERABUT DENGAN JEPARA

Perabut, perabut dan perabut… itulah yang boleh kita gambarkan tentang kota kecil Jepara di kepulauan Jawa Indonesia yang juga di kenali sebagai kota ukir. Dengan kira-kira 80,000 orang pengukir, produk perabut Jepara terjual di seluruh Eropah, Amerika, Negara Telok dan tidak ketinggalan juga di Malaysia.
 
Sempena dengan ekspo perabut terbesar Indonesia Iffina 2012 di Jakarta dari 11-16 Mac 2012 nanti kami akan mempertemukan peserta dengan usahawan perabut Indonesia dan kemudiannya membawa peserta  membuat tinjauan ke Jepara.  Program ini di rancang khusus untuk usahawan yang bercadang untuk terlibat secara serius dalam industri perabut khususnya  perabut jati di Jepara.

Semasa di Jepara nanti, para peserta akan di bawa  melihat dengan lebih dekat tentang pembinaan rangkaian perniagaan perabut  dan membuat kunjungan ke Pusat Latihan Perkayuan yang melatih bakal-bakal usahawan perabut di samping mengadakan perbincangan dengan beberapa assosiasi dan persatuan yang mengendalikan produksi perabut dan perkayuan di Jepara. Ini adalah peluang yang jarang di perolehi dan kami akan berusaha memastikan para peserta memperolehi informasi lengkap dan jaringan dengan Jepara nanti.

Kos menyertai program ini ialah RM 2,685.00.Pakej Perniagaan ini melibatkan  Jakarta, Semarang dan Jepara di bawa kepada anda oleh Geomatika Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN4484)Tel 03 42520233 untuk perhatian Encik Fahmi atau tel 013 3416783 untuk perhatian koordinator program Hashim Akob atau e mail: geotour4484@gmail.com atau hashim_akob@yahoo.com. DAFTARLAH DARI SEKARANG.